
Kepentingan keluarga sihat
Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah keluarga yang sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping mengutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat.

- Makan secara sihat
- Bersenam selalu

- Mengamalkan kesihatan pergigian
- Menjauhi daripada merokok
- Mengamalkan kesihatan mental yang baik
- Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
- Memastikan rumah yang selamat
- Mengamalkan nilai agama dan moral
- Memupuk sokongan sosial
- Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga
- Mulakan hari anda dengan sarapan pagi
- Sarapan pagi memberikan anda tenaga dan nutrien untuk membolehkan anda berfungsi sepanjang hari
- Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya
- Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga makan secara sihat
- Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas

Gunakan garis panduan makan secara sihat
- Makan pelbagai jenis makanan
- Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
- Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal
- Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula
- Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
- Sedia, hidang dan makan makanan yang bersih dan selamat
- Bersenam selalu
- Setiap ahli keluarga perlu bersenam – bukan sahaja ahli sukan. Anda akan mendapat faedah dari aktiviti fizikal dan senaman yang tetap

No comments:
Post a Comment